Akhirnya Ally Iskandar Berlaku Jujur Terpaksa Dedahkan Perkara Sebenar Penceraian Beliau Dengan Farah Lee.Sebenarnya Saya Dah...

loading...

#Akhirnya Ally Iskandar Berlaku Jujur Terpaksa Dedahkan Perkara Sebenar Penceraian Beliau Dengan Farah Lee.Sebenarnya Saya Dah... Bercerai Talak Satu

#Personaliti TV3, Ally Iskandar mengesahkan telah bercerai talak satu dengan isterinya, Nurfarahin Romli pada 17 Ogos lalu.

#Ally menerusi status di laman Facebooknya pada Jumaat menjelaskan lafaz cerai itu dibuat dihadapan Hakim Syarie, Azeeman Omar di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur.

#“Kenyataan rasmi ini saya kemukakan sebagai maklum balas kepada pertanyaan pihak media dan spekulasi yang berlegar di media sosial tentang situasi rumah tangga saya dengan Nurfarahin.

#"Permohonan cerai mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1984 telah difailkan dengan persetujuan Nurfarahin," katanya.

#Ally turut memohon maaf kerana tidak memberi respons kepada pihak media yang menghubunginya selepas laporan mengenai perceraiannya itu hebat diperkatakan di laman sosial.

#“Terlebih dahulu saya memohon berbanyak maaf kerana tidak memberi respons secara terus kepada semua yang telah menghubungi saya, dengan harapan tindakan saya ini ditanggapi sebagai keperluan untuk menenangkan keadaan," jelasnya.

#Dalam pada itu, dalam status sama, Ally berkata, biarpun sudah tidak mempunyai ikatan perkahwinan namun hubungan mereka masih kekal baik.

#“Alhamdulillah, urusan ini disempurnakan dalam keadaan lancar.

#“Biarpun tiada lagi ikatan perkahwinan, hubungan saya dan keluarga dengan Nurfarahin serta ahli keluarganya tetap baik.

#“Terima kasih kepada semua pihak yang cakna dan mengambil berat tentang situasi ini. Saya pohon agar kalian dapat mendoakan yang terbaik untuk kami,” ujarnya.

#Ally atau nama sebenarnya Ally Iskandar Mohd Mardzi, 40 dan Farahin bernikah pada 20 Januari 2012 dan dikurniakan anak perempuan, Maream Esabel, 2 tahun.

1 Response to "Akhirnya Ally Iskandar Berlaku Jujur Terpaksa Dedahkan Perkara Sebenar Penceraian Beliau Dengan Farah Lee.Sebenarnya Saya Dah..."