loading...
#Iqram Dinzly menjadi bahan bualan orang ramai apabila kantoi bergambar dengan Uqasha Senrose ketika bercuti bersama di Thailand.
#Pelakon ini menganggap gambar percutiannya bersama Uqasha Senrose yang turut menyaksikan pelakon wanita itu membuka tudung adalah satu ujian besar dalam dirinya.
#Ini komennya:
#"Saya minta maaf, saya hanya mampu katakan no comment mengenai gambar percutian itu dan tidak boleh beri kerjasama.
#"Sahih atau tidak sahih, biarlah Allah menghukumnya kerana kita sebagai manusia sesama manusia seharusnya sebaik mungkin menutup aib sendiri, inikan pula aib orang lain.
#"Saya bukan malaikat mahupun maksom kerana kita manusia sentiasa diuji dan diduga,"
#"Saya juga berharap perkara ini tidak terus diperbesarkan. Biarlah apa pun persepsi orang, apa orang nak katakan.
#"Andai terjatuh fitnah sekalipun, sebagai hamba Allah saya tetap memaafkan insan itu dan terima kasih kerana prihatin,"
#Sebelum ini, beberapa keping gambar menjadi kontroversi yang memperlihatkan Uqasha tidak berhijab dan berpakaian tak menutup aurat bersama adik-adik yang lain dan juga Iqram Dinzly.
#Tambah Iqram, dia berharap perkara tersebut tidak terus diperbesarkan kerana ia merupakan hak dan privasi buat dirinya.
#Gosip percintaanya dengan aktres tersebut tersebar sejak pertengahan tahun lalu, namun kedua-duanya menafikan perkara tersebut
0 Response to "INILAH KOMEN PANAS IQRAM DINZLY SETELAH KANTOI GAMBAR DENGAN UQASHA SENROSE"
Post a Comment